Jumaat, 30 Oktober 2009

teTibe Terfikir..









Tengah-tengah malam ni,tetiba aku tefikir. Apa aku akan jadi lepas habis belajar? Aku akan kerja apa?Atau aku hanya di rumah menjadi suri rumah anak dara.hehe..hmmm..jadi apa ye nanti?















Adakah aku akan jadi cikgu?









Adakah aku akan jadi pensyarah?Tapi pensyarah kena ambik master dulu.









Adakah aku akan sambung belajar?Dan jadi tutor seperti cadangan abang aku?









Adakah aku bekerja di syarikat software house yang terkemuka sebagai software engineer atau seangkatan denganya?









Adakah aku akan bekerja sebagai pelayan di McD atau KFC?









Adakah aku akan menjadi minah kilang?



Adakah aku akan duduk kat rumah dan tunggu orang datang meminang?








Aku tidak tahu lagi apa nasib aku akan datang. Apa yang ditentukan oleh Yang Maha Esa. Hanya perlu aku lakukan, usaha selagi termampu.Aku masih ada 1sem untuk belajar dan 1 sem untuk latihan industri.PSM I pun belum lepas lagi.Dan aku akan mencuba sehabis baik..


















Doa ma abah sentiasa disisiku.Merekalah pembakar semangat dikala aku susah dan senang walaupun dulu aku tidak mendapat perhatian daripada mereka. Aku tahu mereka amat menyayangiku dan semua anak-anaknya.Tidak ada perbezaan kasih sayang antara aku dan adik-beradikku yang lain.

"ANDAI ITU TAKDIRNYA"

"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."
"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah jadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."
Andai itu takdir-NYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.
"Selama meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."



Itulah ringkasan dari novel "ANDAI ITU TAKDIRNYA". Imaginasi penulis yang sungguh menakjubkan. Umpama watak utama itu adalah aku. Sungguh tabah seorang wanita menempuh segala dugaan dari-NYA. Sungguh utuh kasih sayang seorang ibu..Aku harap aku akan menjadi setabah Nur Aleya dalam novel ni dan mungkin lebih tabah dari itu.

Seharian aku membaca novel ini sampai tidak makan pun tak apa. Bila membaca novel sebegini membuatkan aku semakin matang dan tabah.Semuanya adalah sudah ditentukan oleh-Nya. Setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.






Oh Ma...Abah.Rindu sangat2 kat Ma Abah..Sudah lama aku tidak balik kampung..lepas final exam bulan 11 ni, cuti sem.aku akan balik kampung. Dan cuti kali ini aku boleh tinggal kat kampung selama sebulan dan bercuti penuh. Sebelum paling lama aku kat kampung hanya 2 minggu disebabkan aku sibuk dengan aktiviti pelajar dan Wataniah.

Tak sabarnya nak balik kampung!!!!

Selasa, 27 Oktober 2009

Logo-Logo Dalam HidupKu








Kenal tak dengan logo kat atas tu?Kalau tak reti mengeja memang tak tahu kat atas itu logo ape. Itulah logo Universiti Malaysia Pahang atau nama glamernye UMP. Sudah lama aku study kat UMP ni. Dari nama asal KUKTEM lagi pada tahun 2005. Dulu aku ambil diploma computer science selama 3tahun. Dan sekarang ambil degree computer science (software engineering). Apabila dicampur tolak tambah bahagi ,kuasa dua, dan kamir.berapa tahun dah ek agak-agak aku study kat UMP ni? Dah 4tahun aku kat UMP ni...Sekarang aku dah tahun 3 degree. Insyaallah kalau ada rezeki ambil master plak. itu pun kalau rajin nak belajar lagi..hehehe..






Yang kat sebelah ni kenal tak? ni la logo Askar Wataniah. Askar wataniah ni askar sukarela yang membantu tentera darat diraja Malaysia. Aku mula berkhidmat sebagai askar wataniah ni pada tahun 2007. so, dah 3 tahun aku telah menjadi anggota askar wataniah ni. Macam-macam dugaan telah aku lalui. Pahit manis masam masin semua ada.. Kenapa aku minat sangat dengan askar ni? Masa time sekolah menengah dolu-dolu, aku minat dalam ke-polis-an. Tapi bila dah masuk KUKTEM aku minat askar pulak. Entah macam mana boleh timbul minat tu. Maybe darah satria Abah aku sebagai pahlawan negara yang menentang komunis dulu mengalir dalam tubuh aku ni. Lagipun family aku ni memang family tentera pun..




Ni pulak logo Kelab PEMADAM. Tahu ke tidak apa itu PEMADAM. PEMADAM itu adik beradik dengan "roba (bahasa Qlate)". tak lah.gurau aje.. PEMADAM stand for Persatuan Mencegah Dadah Malaysia. Aku dilantik sebagai pengerusi Kelab PEMADAM UMP pada Oktober 2008. Tidak sangka pula aku dilantik sebagai pengerusi. Awal penglibatan aku dalam kelab ni hanya sebagai ajk publisiti bagi program minggu belia benci dadah tahun 2007. Apabila menjadi pengerusi, baru aku tahu betapa susahnya menjadi ketua ni. Betapa susah untuk menguruskan kelab, MT, dan juga ahli kelab yang aktif hanya pada nama sahaja. Tetapi, apabila memegang jawatan ini,banyak pengalaman dan banyak yang telah aku pelajari.Januari 2010 semua kelab di dalam UMP akan dibubarkan termasuklah Kelab PEMADAM. Dan aku akan meletak jawatan pada Januari nanti...




Inilah logo-logo dalam hidup aku selama aku bergelar mahasiswi di UMP ini.Mungkin 10 tahun akan datang, banyak lagi logo-logo lain yang akan memenuhi blog aku..

Sabtu, 24 Oktober 2009

lama dah plan...


Assalamualaikum



Akhirnya tercipta gak blog ak ni..lme dah plan nk wat blog.dah brthun2, tp xjd2 nk wat blog. maybe dsbabkan ke-busy-an ak. Alhamdulillah dan syukur pd yg Maha Kuasa krana ak msih dpnjgkn umo dan msih sihat tbuh badan.


Ak ske gne ayt sms coz ak xske tlis ayt pnuh kcuali tuk bnde2 yg formal jew. kalo de yg xphm, phm2 kan je la yer...hehe..tp dalam era globalisasi,dunia tanpa sempadan ni,rsenye sume dah biase ayt2 rngkas ni.


Pde prmulaan mstlah blog ak ni cam simple jew coz bru nk cube2..lme2 isnyaallah mkin ok. ak ni ske sgt tgk blog org.tp sndiri nyer tarak..dah lme ak pendam niat ni.dan ari ni dapt gak de blog sndiri..


Itu sje tuk jam ini.moge ketemu lagi...salam..