Selasa, 27 Oktober 2009

Logo-Logo Dalam HidupKu








Kenal tak dengan logo kat atas tu?Kalau tak reti mengeja memang tak tahu kat atas itu logo ape. Itulah logo Universiti Malaysia Pahang atau nama glamernye UMP. Sudah lama aku study kat UMP ni. Dari nama asal KUKTEM lagi pada tahun 2005. Dulu aku ambil diploma computer science selama 3tahun. Dan sekarang ambil degree computer science (software engineering). Apabila dicampur tolak tambah bahagi ,kuasa dua, dan kamir.berapa tahun dah ek agak-agak aku study kat UMP ni? Dah 4tahun aku kat UMP ni...Sekarang aku dah tahun 3 degree. Insyaallah kalau ada rezeki ambil master plak. itu pun kalau rajin nak belajar lagi..hehehe..






Yang kat sebelah ni kenal tak? ni la logo Askar Wataniah. Askar wataniah ni askar sukarela yang membantu tentera darat diraja Malaysia. Aku mula berkhidmat sebagai askar wataniah ni pada tahun 2007. so, dah 3 tahun aku telah menjadi anggota askar wataniah ni. Macam-macam dugaan telah aku lalui. Pahit manis masam masin semua ada.. Kenapa aku minat sangat dengan askar ni? Masa time sekolah menengah dolu-dolu, aku minat dalam ke-polis-an. Tapi bila dah masuk KUKTEM aku minat askar pulak. Entah macam mana boleh timbul minat tu. Maybe darah satria Abah aku sebagai pahlawan negara yang menentang komunis dulu mengalir dalam tubuh aku ni. Lagipun family aku ni memang family tentera pun..




Ni pulak logo Kelab PEMADAM. Tahu ke tidak apa itu PEMADAM. PEMADAM itu adik beradik dengan "roba (bahasa Qlate)". tak lah.gurau aje.. PEMADAM stand for Persatuan Mencegah Dadah Malaysia. Aku dilantik sebagai pengerusi Kelab PEMADAM UMP pada Oktober 2008. Tidak sangka pula aku dilantik sebagai pengerusi. Awal penglibatan aku dalam kelab ni hanya sebagai ajk publisiti bagi program minggu belia benci dadah tahun 2007. Apabila menjadi pengerusi, baru aku tahu betapa susahnya menjadi ketua ni. Betapa susah untuk menguruskan kelab, MT, dan juga ahli kelab yang aktif hanya pada nama sahaja. Tetapi, apabila memegang jawatan ini,banyak pengalaman dan banyak yang telah aku pelajari.Januari 2010 semua kelab di dalam UMP akan dibubarkan termasuklah Kelab PEMADAM. Dan aku akan meletak jawatan pada Januari nanti...




Inilah logo-logo dalam hidup aku selama aku bergelar mahasiswi di UMP ini.Mungkin 10 tahun akan datang, banyak lagi logo-logo lain yang akan memenuhi blog aku..

1 ulasan:

Unknown berkata...

Hi friend. Very nice blog you having. Keep it up...

I'm UMP student and currently doing my internship. I need high resolution UMP Logo for my presentation next week.

I have it last time but my laptop got prob and i lost it. I took the picture you put in your blog, but its looks ugly because its small.

Can you please send it to my email (aragorn_ps@yahoo.com.sg)?

Thank you my friend...
UMP Rocks...!!

Catat Ulasan