Isnin, 4 Januari 2010

Berubahkah Aku?



Berubahkah aku??


Ya,aku sudah berubah.Berubah menjadi semakin teruk.Aku tidak sedar yang aku semakin lalai.Lalai kerana terlalu taksub dengan kebahgiaan duniawi.Pelajaranku semakin merosot.Batas sosialku semakin rapuh.Hubunganku dengan Yang Maha Esa semakin jauh..

Aku semakin tersesat...Hidupku semakin kabur dilindungi dosa-dosa yang kulakukan.Ku sedar itu berdosa tetapi aku lakukan jua.Kenapa??Iman ku semakin rapuh.Semakin umur ku meningkat semakin iman ku rapuh..

Aku menyesal tetapi hanya seketika.Kemudian ku ulangi dosa-dosa yang aku kesali itu.Ya Allah kenapa aku tidak lagi seperti dulu.Menjaga maruahku,menjaga batas pergaulanku?Kepercayaan kedua ibu bapaku berikan padaku telah ku nodai.

Dulu abahku memberi kepercayaannya kepadaku 100% dalam mebuat keputusan dalam hidupku.Tetapi kini tidak lagi,mungkin abah dapat merasakan aku sudah jauh tersasar..Mungkin juga abah tidak mahu apa yang terjadi dalam rumah tangga kakakku berulang padaku.

Dulu abah tidak kisah dan tidak pernah bertanya padaku apabila aku hendak keluar.Hanya mak sahaja yang mengambil berat.Tetapi kini aku terasa bagaikan di kongkong.Tapi tindakan abah ini membuatkan aku sedar yang aku adalah penting dalam hidupnya.

Betol lah ungkapan yang selalu ku dengar. "Menjaga seorang anak perempuan lebih sukar dari menjaga 10 ekor lembu."Sewaktu krisis yang terjadi pada kakakku,kujadikan ia sebagai teladan.Tetapi aku lupa dan alpa teladan itu,ku alpa dengan kebahagiaan sementara. Dikala aku keseorangan, aku takut akan apa yang telah aku lakukan.Tetapi bila bersama dengan si A,aku lupa akan ketakutan itu.Muhasabahku hanya sekejap.Iman ku rapuh!!

Dikala aku tersesat kini, Allah telah kurniakan seorang yang membimbingku secara tidak lansung.Dan si B cuba memperbetulkan aku.Dia melamarku tetapi dia terlalu baik untukku.Aku bukannya perempuan yang baik untuk dijadikan suri dalam hidupnya yang sempurna.

Keluarganya begitu kukuh imannya sedangkan aku....aku terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan.Pertemuan pertamaku dengannya dan adiknya baru-baru ini membuatkan aku terkesima dan membuatkan aku sedar akan kesilapan yang telah aku lakukan sebelum ini.Sebelum ini aku hanya melihatnya dalam pakaian askar.

Pertemuan bermakna ini dia kelihatan seperti ustaz dan adiknya berjubah dan berpurdah.Ya Allah, Kau telah pertemukan aku dengan seorang yang terlalu baik untukku.Kenapa Kau hadirkan cinta di hatinya untukku.Masih ramai perempuan yang lebih baik dariku untuknya..

Ku telah nyatakan padanya yang aku tidak sesuai untuknya, tetapi kata-katanya membuatkan aku terkesima sekali lagi. "Setiap yang berlaku telah di tentukan oleh Allah ada hikmahnya" dan dia inginkan aku berubah menjadi lebih baik.

Sudah lama aku ingin berubah,tetapi dapatkah aku kekal dengan perubahan aku?Aku perlukan pembimbing.Tika di kampung,Mak dan Abah dapat membimbing aku.Tetapi kini aku jauh dari mereka.


Ya Allah,kuatkanlah imanku yang semakin rapuh ini...amin....

Khamis, 26 November 2009

Selamat Hari Raya Aildiladha

Assalamualaikum dan salam aidiladha..

Penatnya buat persiapan raya..Raya haji kali semua adik bradik aku balik kecuali abang ke-5 aku.Dia tak dapat balik kampung kerana wifenya dalam pantang.Dan dia beraya di rumah mertuanya di Perak.

Besok pagi kami cuma buat mee goreng.Lepas tu pergi sembahyang raya dan pergi korban.
Abang ke-3 aku de buat akikah untuk anak ke-2 nya.Semua dijemput hadir untuk makan-makan.

Penat duk melayan anak buah yang bertambah ramai ni..Kereta depan rumah aku pun dah penuh laman..Ni la bestnya adik beradik ramai..Tidow pun merempat jew kat dalam rumah.hahah...Tak cukup bilik la...

Sekarang aku mau tidow..Esok dan lusa kena bekerja keras..

Khamis, 19 November 2009

biz Dah Sem Ni..

Akhirnya abiz gak final exam.Biasanya orang lain mesti taip "MERDEKA!!" tapi aku tak.
PSM II menunggu pula..

Nak balik kg tapi tiket belum beli lagi.Member2 semua dah beli dan kebanyakkan balik petang ni..Claim duit program tak selesai lagi.Aduh....

PSM II pula kena kecilkan scope sebab terlalu besar sehinggakan evaluator aku cakap system aku tahap master.Perlukan 5 orang pula tu buatkan..Kena ubah document lagi..Malasnya...

Engat cuti sem ni boleh la aku duk lama-lama kat kg.Tapi nampaknya kejap je la coz kena datang awal ke UMP tuk PSM II pula.Takpe la,demi masa depan aku juga.

KB dah banjir.Dapat ke balik kampung ni?Ntah-ntah xlepas dan terpaksa kena tunggu kat masjid sampai air surut...

Nak tido la kejap sambil-sambil tunggu movie habis download..

Rabu, 18 November 2009

Ngantok + Sejuk

Assalamualaikum dan salam sejuk.....

Ngantok plak duk study Software Maintenance.Dalam blik duk sorg2..sume rumate aku dah blik kg..

Jenguk2 kat luar.Hujan masih tak berhenti.Hujan renyai2 mngingatkan aku kat kg.
Kalo la hujan camni xberhenti,alamak banjir la kg aku.
Camne nak balik kg.Nanti raya korban camne?Sembelih lembu dalam air..huhu.Lembu pun berenang selamatkan diri.hikhik..

Aku engat lagi,tiap kali raya korban mesti de lembu terlepas..Camne nak sembelih lembu nanti ek?Sembelih kat atas jln la kot..Jalan pun bnjir gak.Malas dah fikir sal tu..

tengok bukit kat blkg blok aku.Dah berkabus..Sejuknye...Kalau de tepung boleh la aku wat jemput2..Tapi tepung dah habis.Minyak msk pun dah licin.Tinggal beras je ckit.Tapi budu byk lagi....Memang ngam2 stok dapur aku sem ni.Biasanya terpaksa wat macam2 tuk habiskan.Wat banyak2 lpastu sedekah kat jiran2..

Bowink la sorang2 ni.Nak sembang pun takde sape ni..Sembang dengan laptop ni dan taip dalam blog.hukhuk..

Tiket balik kg pun belum beli lagi.Beli ods jew.Tapi abah aku swuh pergi dungun umah abang aku dulu.pas2 balik dengan abang ke Qlate..Jimat ckit duit tiket..huhu.Xpayah duk dalam bas lama2.

Skodeng2 kat jalan KK2..sunyi jew..jarang2 je nampak motor dan kereta lalu..Ramai dah balik kot...

Nak buat air teh O panas la.nak makan dengan ape ek?Kalau de ubi rebus ni kan sedap..waaaaaa nak blik kg makan pulut ikan kering...Suka sangat makan pulut ikan kering..Makanan orang siam ni au..almaklumla Qlate kan dekat dengan siam.Sedara aku pun ramai orang lek sano.....

Faham la sikit2 bila dorang cakap.Tapi aku nak cakap aku tak reti..

Kalau banjir kat kg aku,boleh la pakat2 dengan anak buah buat rakit batang pisang..huhu..Cam budak2 je kan..tapi aku hepi dengan gaya hidup budak2 biarpun umurku semakin meningkat.Biarla ape orang nak kata.yang penting aku HAPPY!!!!

Yang Lurus, Yang Dibengkokkan.

Oleh: Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud ( Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM)

Orang Inggeris berkata, jika kejahatan jelas kelihatan
Bukan bertopengkan kebajikan dan kebaikan
Bukan seperti musang berbulu ayam
Atau serigala berbulu anjing peliharaan
Hakikat itu dikenali depravity

Zahir mencermin batin, mudah dijauhi.
Tetapi, jika Tuhan dilupakan, digantikan insan dan patung
Dan syirik besar dianggap penyembahan terulung
Jika ilmuan bisu dayus dianggap sederhana dan santun
Hakikat keji ini disebut mereka corruption.

Inilah satu cabang nifaq, penyakit rohani
Berserban di kepala, iblis bertakhta di hati.
Mulut menyata bakti pada rakyat jelata, negara tercinta
Nikmat dikaut berjuta untuk sahabat, juak dan keluarga.

Bila ketua gagah berkuasa tangannya dikucup mesra
Akal mencipta fitnah, hati memendam nanah berbisa
Bila ketuanya alpa dan takhtanya mula bergoyang
Tersemburlah najis dari mulut penciumnya, petualang!

Petualang menjilat ludahnya sendiri, memeluk ketua baru
Lemparlah sisa tulang kepada anjing, pasti dikawalnya kamu
Tidak dikira tulang itu tulang saudaranya sendiri
Atau tulang gurunya yang dulu disayangi-geruni.

II

Apabila sesuatu yang lurus menjadi bengkok
Apabila yang berani menjadi dayus penakut
Apabila yang manis menjadi masam
Apabila yang putih menjadi hitam
Apabila yang jernih menjadi keruh
Apabila yang haram menjadi makruh
Dan yang dilarang menjadi yang disuruh:
Itulah fasad ciptaan insan kehilangan arah
Merosak langit dan bumi; semua terjarah.

Apabila zina menjadi hubungan kasih insan merdeka
Pencurian berjuta direstui Parlimen dan pemimpin negara:
Apabila pemberi wang menjadi raja penentu pendidikan
Ilmuan dinilai pada jumlah ringit penyelidikan

Pentadbir dinaik-pangkat kerana ketua dipertuhan;
Apabila rasuah seringgit dikeji-kecam semua
Berjuta hilang dari saku rakyat diperbiasa:
Itulah fasad membuah kezaliman dahsyat
Segala sesuatu disalah tempat,Fahisya dan mungkar diperadat.

Bila lampu dieni dimatikan mufti dan kaum Wahhabi
Yang gagal mengenali zaitun dalam lampu nan suci
Terbiasakan benzin berasap menghitam hati
Gelaplah umat meneroka malam, terjatuh ke longkang dalali.

Lampu pusaka Nabi, dinyalakan semula Imam al-Ghazali,
Digilap lagi cerminnya oleh Sheikhul Akbar,Jami dan Rumi.
Di Alam Melayu, lampu ini diarak Raniri:
Melayu, Jawa dan sebagainya giat mendalami
Arti agama meliputi segala syariat, akhlak, hakikat tinggi
Melawani kaum juhala, sufastaiyyah pelbagai segi
Berperisai akli, berpedang syar’i, bertombak siyasi.
Lampu inilah-wahai Mufti dan kaum Wahhabi semua
Menyuluh umat walau Sultan hilang kuasa, Portugis bertakhta
Belanda dan Inggeris begitu lama mengaut harta pusaka
Tidak seorangpun Melayu, Aceh atau Minang menjadi gila
Menolak aqidah Muhammad dan Memeluk Nasrani bersenjata

Lampu agung menyuluh umat beratus tahun lama
Walau Raja dan laksamana tumpas, saling sengketa
Namun umat masih gigih menyembah Tuhan nan Esa
Berimamkan Nabi dan pewarisnya berbilang bangsa,
Gagah menunggang ombak mencari ilmu di merata daerah-Melaka, Pasai, Kelantan, Haydramaut, Madinah, Kahirah
Bertahun mengembara, tanpa wang, berpenat lelah
Berjauhan saudara, ibu ayah, pantang mengalah.

Kini lampu-lampu agung dipadam, leluhur dikebumi dalam hati
Bolehkah lilin-lilin kerdil menerangi kelam sekularisasi?
Portugis lama menghilang dari Melaka dan jajahannya
Belanda dan Inggeris tidak lagi menguasai Selat dan Tenggara
Siam telah lama diam, mentari Jepun pudar sinar tenteranya-

Namun kedengaran khabar duka dari merata Kepulauan kita
Kaum remaja dan dewasa mudah meninggal ajaran Mustafa
Telah rela membutakan mata dengan salib Kristian
Dan berjalan bertongkat, dipimpin anjing peliharaan!

Kau, cendekiawan dan pemimpin pelbagai bidang
Luruskan semula yang dibengkokkan, jauhi petualang!
Tinggalkan tulang, kau bukan bangsa binatang
Kau insan ciptaan gemilang, berfikirlah panjang!



Bestkan puisi.Hanya orang yang memahami puisi ini je akan rasa uniknya puisi ini.Mempunyai maksud yang tersirat..

Oh Penaja Program Aku!!

Semalam dapat panggilan dari AADK untuk tandatangan dan cop 1 dokumen.So,call penasihat aku..penasihat ak cakap dia akn cek jadualnya samada dia free tak ari ni.Pagi tadi dia call dan bagitau dia ada kerja dari pagi hingga petang. So,aku cepat-cepat cari kereta sewa untuk pergi ke aadk.Dapatla kereta member aku.

Petang tadi hujan renyai-renyai.Pukul 2petang mula-mula pergi JHEPA untuk dapatkan surat yang difaxskan oleh aadk.Dekat surat yang menyatakan permohonan claim tajaan diluluskan.Aku tertanya-tanya,kalau dah lulus kenapa suruh aku pergi sana??

Sebelum ini setiap minggu selepas program aku asyik duk call aadk mengenai claim dan dorang cakap dah lama setel dan dah diluluskan.pengarah aadk pun dah sign.Tapi duitnya tak masuk-masuk akaun gak.

Lepas pergi JHEPA terus pergi ke KK2 untuk dapatkan cop dari penasihat aku.Pastu terus ke aadk.Punye syok nek kete terlepas plak lorong ke aadk,dahla jalan highway,susah nak U turn.So,jalan terus sambil tengok-tengok signboard U turn.Dan nampak la signboard U turn.Engatkan U turn kat depan rupa-rupanya masuk lorong kiri.Terlepas lagi...Jalan terus lagi dan jumpa la U turn.So U turn la.Lepas tu kene U turn balik untuk ke aadk.Berapa kali U turn da----

Sampai la kat aadk.Naik la aras 5.Sampai sana terus tanya.Akak tu cakap permohonan itu dah diluluskan.Tunggu je duit masuk.Aku tanya dia balik.Habis kenapa suruh saya datang tuk sign?Dia pun tanya orang yang call aku tadi.Dia cakap nak sign ketua jabatan.PULAK!!semalam cakap nak sign dan cop pengerusi kelab.Hampeh.aku mula panas.

Pastu aku cakap la aku sekarang minggu final exam.Lepas habis exam nak balik kg.Dia cakap memang tak boleh tolong dah.Ni prosedur kerajaan.Aku tau la prosedur kerajaan.Tetapi kenapa tak terang bagi terang??!!

So,dia bagi surat tu dan aku pun balik camtu je tanpa apa-apa.Kira aku ni pergi sana tuk dapatkan surat je.Kalau dorang cakap awal-awal yang dorang nak sign Dekan JHEPA kan senang.Takde la aku menaruh harapan yang benda ni akan setel bila aku pergi sana.

So,permohonan itu belum diluluskan.Dah brape lama benda ni?Dah sebulan!!lamaaaa gileeeerrr baru nak sign tu.sedangkan tiap kali aku call cakap dah setel.Aku pelik la.Sebab aku ni student ke??Kalau bagitau betol-betol kan senang. Takde la aku marah camni!

So,kena dapatkan sign dekan jhepa lepas tu hantar balik ke aadk.pas2 baru proses tuk bank in.Esok belum tentu dekan ade.ntah-ntah pergi kursus ke...


Ntah bila la nak dapat claim ni...

Selasa, 17 November 2009

Adakah diSebabkan Aku seorang Pelajar?

Sudah sebulan aku mohon tuk claim duit tajaan bagi program Kelab PEMADAM dari pihak JHEPA dan Bendahari UMP. Sampai sekarang blom setel2 lagi.

Seminggu selepas selesai program,aku mohon claim tajaan tu.Bukan banyak sangat pun.Program tu 7-9/10/09. Pada mulanya die check die cakap semua ok. So,ok la..Selepas 2 minggu aku pergi tanya dekat jhepa dah dapat belum duitnya?Die cakap ni permohonan kene reject dari bendahari.Nape tempohnya lama sangat nak bagitau aku yang permohonan kene reject?

Kene reject sebab dekat resit itu takde cop kedai.Dua resit je pun xde cop.Aku ok lagi la.So,die suruh aku letakkan nama syarikat dan no telefon bagi resit itu.So,setel la.then,die cakap bendahari akan proses selama 14hari.

Selepas seminggu aku dapat panggilan dari JHEPA lagi.Rupa-rupanya dorang belum hantar lagi kat bendahari!nape lambat sangat nak uruskan.Bukannya banyak sangat pun tajaan tu hanya RM1500.Dahla sehari sebelum perbentangan PSM aku.So,ok la.Aku pergi ke JHEPA.Mujur PSM aku dah siap semuanya.Pergi ke JHEPA,dia cakap resit ni terlebih dari peruntukan yang diberikan.Dia cakap tak kisah kalau resit lebih,tapi bila nak claim lagi resit tu dikira burn la.Aku faham yang dia nak bantu aku.Terima kasih sebab nak bantu aku.Tapi yang aku geram,kenapa beritahu aku lambat???

Aku sabar lagi.So,aku engat semua dah setel la.Sepatutnya aku akan dapat duit claim tu minggu ni.Dan pagi tadi aku dapat call dari JHEPA yang mengatakan permohonan aku direject sekali lagi.Aku bertambah geram.Aku pun tnya la orang yang call aku 2."Kali ni masalah apa plak?Dia tak jawab soalan aku.Dia tanya balik aku."Ada dapat duit pendahuluan tak?"Aku cakap la tak dan semuanya didahulukan duit sendiri.lepas itu dia ok je.Tak sempat aku nak tanya apa-apa dia terus letak..

Kesabaran aku ada hadnya!!Kalau duit yang digunakan hanya duit aku,aku tak kisah dapat bila-bila.Ini duit ajk-ajk aku.Kalau aktiviti staff senang je dapat peruntukan dan cepat je dapat claim.Tapi adakah disebabkan aku seorang pelajar dorang membuat kerja bertangguh dan sambil lewa?Tahukah kamu Universiti ini adalah dunia pelajar,universiti ini adalah ditubuhkan untuk pelajar?Sepatutnya JHEPA perlu menjaga hal ehwal pelajar.bukan menyusahkan pelajar!

Dan pagi tadi juga aku dapat call dari AADK,ini juga mengenai claim tajaan.Dorang cakap dah setelkan semua tapi kenapa tak dapat-dapat lagi duitnya?Dan die cakap akan call balik.

Petang tadi dia call balik dan suruh aku pergi ke AADK di Indera Mahkota untuk sign dan cop LO.Kenapa mengambil masa sebegitu lama?Pada awalnya semua ok dan sekarang semua gelabah bila tahap kesabaran aku sudah tidak dapat dibendung.Mujur esok aku tak ada exam dan aku akan pergi dengan penasihat kelab dan timbalan aku.

Kerajaan sudah memperuntukkan perbelanjaan yang banyak untuk aktiviti pelajar.Apabila sudah diluluskan dan ingin membuat tuntutan,pelbagai masalah yang timbul.Hak siswa di jadikan benda yang remeh.

Aku kecewa......