Jumaat, 30 Oktober 2009

"ANDAI ITU TAKDIRNYA"

"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."
"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah jadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."
Andai itu takdir-NYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.
"Selama meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."



Itulah ringkasan dari novel "ANDAI ITU TAKDIRNYA". Imaginasi penulis yang sungguh menakjubkan. Umpama watak utama itu adalah aku. Sungguh tabah seorang wanita menempuh segala dugaan dari-NYA. Sungguh utuh kasih sayang seorang ibu..Aku harap aku akan menjadi setabah Nur Aleya dalam novel ni dan mungkin lebih tabah dari itu.

Seharian aku membaca novel ini sampai tidak makan pun tak apa. Bila membaca novel sebegini membuatkan aku semakin matang dan tabah.Semuanya adalah sudah ditentukan oleh-Nya. Setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.






Oh Ma...Abah.Rindu sangat2 kat Ma Abah..Sudah lama aku tidak balik kampung..lepas final exam bulan 11 ni, cuti sem.aku akan balik kampung. Dan cuti kali ini aku boleh tinggal kat kampung selama sebulan dan bercuti penuh. Sebelum paling lama aku kat kampung hanya 2 minggu disebabkan aku sibuk dengan aktiviti pelajar dan Wataniah.

Tak sabarnya nak balik kampung!!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan