Selasa, 17 November 2009

Adakah diSebabkan Aku seorang Pelajar?

Sudah sebulan aku mohon tuk claim duit tajaan bagi program Kelab PEMADAM dari pihak JHEPA dan Bendahari UMP. Sampai sekarang blom setel2 lagi.

Seminggu selepas selesai program,aku mohon claim tajaan tu.Bukan banyak sangat pun.Program tu 7-9/10/09. Pada mulanya die check die cakap semua ok. So,ok la..Selepas 2 minggu aku pergi tanya dekat jhepa dah dapat belum duitnya?Die cakap ni permohonan kene reject dari bendahari.Nape tempohnya lama sangat nak bagitau aku yang permohonan kene reject?

Kene reject sebab dekat resit itu takde cop kedai.Dua resit je pun xde cop.Aku ok lagi la.So,die suruh aku letakkan nama syarikat dan no telefon bagi resit itu.So,setel la.then,die cakap bendahari akan proses selama 14hari.

Selepas seminggu aku dapat panggilan dari JHEPA lagi.Rupa-rupanya dorang belum hantar lagi kat bendahari!nape lambat sangat nak uruskan.Bukannya banyak sangat pun tajaan tu hanya RM1500.Dahla sehari sebelum perbentangan PSM aku.So,ok la.Aku pergi ke JHEPA.Mujur PSM aku dah siap semuanya.Pergi ke JHEPA,dia cakap resit ni terlebih dari peruntukan yang diberikan.Dia cakap tak kisah kalau resit lebih,tapi bila nak claim lagi resit tu dikira burn la.Aku faham yang dia nak bantu aku.Terima kasih sebab nak bantu aku.Tapi yang aku geram,kenapa beritahu aku lambat???

Aku sabar lagi.So,aku engat semua dah setel la.Sepatutnya aku akan dapat duit claim tu minggu ni.Dan pagi tadi aku dapat call dari JHEPA yang mengatakan permohonan aku direject sekali lagi.Aku bertambah geram.Aku pun tnya la orang yang call aku 2."Kali ni masalah apa plak?Dia tak jawab soalan aku.Dia tanya balik aku."Ada dapat duit pendahuluan tak?"Aku cakap la tak dan semuanya didahulukan duit sendiri.lepas itu dia ok je.Tak sempat aku nak tanya apa-apa dia terus letak..

Kesabaran aku ada hadnya!!Kalau duit yang digunakan hanya duit aku,aku tak kisah dapat bila-bila.Ini duit ajk-ajk aku.Kalau aktiviti staff senang je dapat peruntukan dan cepat je dapat claim.Tapi adakah disebabkan aku seorang pelajar dorang membuat kerja bertangguh dan sambil lewa?Tahukah kamu Universiti ini adalah dunia pelajar,universiti ini adalah ditubuhkan untuk pelajar?Sepatutnya JHEPA perlu menjaga hal ehwal pelajar.bukan menyusahkan pelajar!

Dan pagi tadi juga aku dapat call dari AADK,ini juga mengenai claim tajaan.Dorang cakap dah setelkan semua tapi kenapa tak dapat-dapat lagi duitnya?Dan die cakap akan call balik.

Petang tadi dia call balik dan suruh aku pergi ke AADK di Indera Mahkota untuk sign dan cop LO.Kenapa mengambil masa sebegitu lama?Pada awalnya semua ok dan sekarang semua gelabah bila tahap kesabaran aku sudah tidak dapat dibendung.Mujur esok aku tak ada exam dan aku akan pergi dengan penasihat kelab dan timbalan aku.

Kerajaan sudah memperuntukkan perbelanjaan yang banyak untuk aktiviti pelajar.Apabila sudah diluluskan dan ingin membuat tuntutan,pelbagai masalah yang timbul.Hak siswa di jadikan benda yang remeh.

Aku kecewa......

3 ulasan:

Azrul Adnan berkata...

sabar kak..ni ujian dan kesabaran kak..
azrul doakan semuanya akan setle secepat mungkin..pihak pengurusan di u ni amatlah baik yg teramat2 sgt..baru azrul btl2 percaya yg semua unit kat u ni hampeh2 belaka..

Prof.Ir.Dr.Abu Zar berkata...

biasa la kak..sya msuk dlm organisasi persatuan pn mengalami bende yg sama..geram giler..JHEPA UMP mmg bemasalah..LEMBAB!! lg 1 CARELESS..dlu dorg wat ilang dokumen pntg..xnk sbut pgrm ap..sya msuk MINDS da dua kali da, kalo mslh je msti diorg akn salahkn student, diorg lupe ke yg kteorg fully handle minds taun ni..tyme 2 siap wat ilang lg surat jmputan org kenamaan yg akan hadir minds 2009..byk la mslh jhepa ni..tyme metg minds jhepa pn sya jgk kene shoot, naik burn da muka saya ni..panas hati ni..huh..sabar

byk plak ak mgumpat jhepa..haha

tasnimFatma berkata...

2 la.tiap kali de dialog brsama dekan JHEPA,ble student bagi komen semua dorang akan slesaikan.konon ambil berat sal mslh student.tapi masa 2 je la.lepas tu diam jew.nak je mngadu kat NC terus.Kalau ngadu kat NC ni,confirm ari ni terus dapat duit tu

Catat Ulasan