Rabu, 18 November 2009

Oh Penaja Program Aku!!

Semalam dapat panggilan dari AADK untuk tandatangan dan cop 1 dokumen.So,call penasihat aku..penasihat ak cakap dia akn cek jadualnya samada dia free tak ari ni.Pagi tadi dia call dan bagitau dia ada kerja dari pagi hingga petang. So,aku cepat-cepat cari kereta sewa untuk pergi ke aadk.Dapatla kereta member aku.

Petang tadi hujan renyai-renyai.Pukul 2petang mula-mula pergi JHEPA untuk dapatkan surat yang difaxskan oleh aadk.Dekat surat yang menyatakan permohonan claim tajaan diluluskan.Aku tertanya-tanya,kalau dah lulus kenapa suruh aku pergi sana??

Sebelum ini setiap minggu selepas program aku asyik duk call aadk mengenai claim dan dorang cakap dah lama setel dan dah diluluskan.pengarah aadk pun dah sign.Tapi duitnya tak masuk-masuk akaun gak.

Lepas pergi JHEPA terus pergi ke KK2 untuk dapatkan cop dari penasihat aku.Pastu terus ke aadk.Punye syok nek kete terlepas plak lorong ke aadk,dahla jalan highway,susah nak U turn.So,jalan terus sambil tengok-tengok signboard U turn.Dan nampak la signboard U turn.Engatkan U turn kat depan rupa-rupanya masuk lorong kiri.Terlepas lagi...Jalan terus lagi dan jumpa la U turn.So U turn la.Lepas tu kene U turn balik untuk ke aadk.Berapa kali U turn da----

Sampai la kat aadk.Naik la aras 5.Sampai sana terus tanya.Akak tu cakap permohonan itu dah diluluskan.Tunggu je duit masuk.Aku tanya dia balik.Habis kenapa suruh saya datang tuk sign?Dia pun tanya orang yang call aku tadi.Dia cakap nak sign ketua jabatan.PULAK!!semalam cakap nak sign dan cop pengerusi kelab.Hampeh.aku mula panas.

Pastu aku cakap la aku sekarang minggu final exam.Lepas habis exam nak balik kg.Dia cakap memang tak boleh tolong dah.Ni prosedur kerajaan.Aku tau la prosedur kerajaan.Tetapi kenapa tak terang bagi terang??!!

So,dia bagi surat tu dan aku pun balik camtu je tanpa apa-apa.Kira aku ni pergi sana tuk dapatkan surat je.Kalau dorang cakap awal-awal yang dorang nak sign Dekan JHEPA kan senang.Takde la aku menaruh harapan yang benda ni akan setel bila aku pergi sana.

So,permohonan itu belum diluluskan.Dah brape lama benda ni?Dah sebulan!!lamaaaa gileeeerrr baru nak sign tu.sedangkan tiap kali aku call cakap dah setel.Aku pelik la.Sebab aku ni student ke??Kalau bagitau betol-betol kan senang. Takde la aku marah camni!

So,kena dapatkan sign dekan jhepa lepas tu hantar balik ke aadk.pas2 baru proses tuk bank in.Esok belum tentu dekan ade.ntah-ntah pergi kursus ke...


Ntah bila la nak dapat claim ni...

0 ulasan:

Catat Ulasan