




Bulan December 2008,kem Tahunan di buat di UMP.Tengku Mahkota Pahang sebagi Komander Rej 505 Askar Wataniah telah merasmikan Kem Tahunan ini. Kali ini aku di kecualikan dari terlibat dengan mana-mana aktiviti kerana aku telah di tugaskan sebagai editor dan camerawoman sepanjang Kem Tahunan ini berlansung.


Memangla aku tidak sepenat mereka yang berada di hutan dalam keadaan hujan tak berhenti,tapi pada kem ini pengalaman yang aku dapat tidak mencabar.Aku hanya mengambil gambar aktiviti yang dorg buat dan aku hanya mengadap laptop.Tapi aku juga dapat kenal-kenal dengan ramai orang atasan seperti Lt Kol Tg Dato' Kamarulzaman,Mejar2 setiap batilion.
Kemudian Pada akhir 2008 juga aku telah dilantik sebagai Naib Yang Di-Pertua Kelab Wataniah UMP.Ramai yang mengatakan aku ni seorang yang garang dan tegas.Sesuai untuk menjadi pemimpin Wataniah.


Pada Mei 2009, Latihan lanjutan di buat di Rompin dan Pulau Tioman. Aktiviti di rompin ialah pandu arah dan Latihan Convetional War.Kemudian di Pulau Tioman pula membersih pantai untuk program Tioman Eco-Challange.

Aku menaiki Kapal Polis Marin dari Jeti Rompin ke Pulau Tioman. Aku mabuk Laut!!huhu.Mujur layanan istimewa dari pegawai polis itu membuatkan aku dapat bertahan.Dia siap bagi makan asam boi dan anggur jeruk lagi.hehe.



Pada Mei 2009 juga BN 1 menganjurkan Kembaraduga Mendaki Gunung Kinabalu. Tetapi aku tidak dapat pergi kerana aku mengikuti program UMP iaitu Transformasi diri ke arah Kecemerlang UMP -sasaran pemimpin pelajar.Insyaallah tahun depan ada lagi kembaraduga mendaki gunung kinabalu.

Pada Julai 2009 pula ada pertandingan menembak dan Latihan lanjutan di Raub.Aku hanya berkesempatan mengikuti pertandingan menembak sahaja di Lapang Sasar Tanjung Gelang..
Pada Ogos 2009,Kelab Wataniah telah membuat Pameran Kemerdekaan dan pengambilan baru askar wataniah yang bertempat di blok w dan WDKU1.
2 ulasan:
Woo aq jadi nydp jgak tahun ni haha
mcm pnh tgok je awak
Catat Ulasan