Jumaat, 6 November 2009

PSMku.....

Assalamualaikum..


Dah lama tak update blog ni. Sejak akhir-akhir ini aku sangat sibuk hingga tidak sempat untuk update-kan blog ini.

Aku baru je lepas present mini project subject Formal Method. Agak ok tapi dari present tadi aku baru faham function bagi schema-schema dan ape yang patut ada dalam setiap milestone.

Semalam pula PSM presentation. Tajuk PSM aku asalnya WEAPON BORROWING SYSTEM USING MY CARD & THUMBPRINT RECOGNITION. Pada asalnya aku apply Cik Noorlin yang merupakan Penasihat Akademik aku sebagai PSM Supervisor. Tetapi aku dapat Prof Abdulah Embong sebagai PSM supevisor aku. Tetapi Prof AE akan bersara pada bulan 12/09. So supervisor aku ialah Mr. Chu Kai Chuan.


Tajuk aku ditukarkan kepada Weapon Borrowing System coz Mr Chu expert bahagian Image Processing. Dan PSM aku fokus pada algorithm untuk fingerprint matching. Selepas presentation semalam, tajuk aku akan ditukarkan kepada HYBRID-BASED FINGERPRINT MATCHING. PSM aku ialah gabungan 3 teknik untuk pengecaman cap ibu jari bagi proses pinjaman senjata di Kem Wataniah.

Penilai PSM I presentation aku ialah Dr Mamta dan En Azwan Ahmad. Tetapi semalam aku dinilai hanya oleh Dr Mamta kerana En Azwan ambil cuti. Dr Mamta berasal dari India dan bekerja di sini sebagai pensyarah. Pada mulanya aku tidak yakin kerana aku risau dia tak faham apa yang aku akan terangkan nanti kerana BI speaking aku kurang dan boleh dikatakan teruk.

Apa yang aku risaukan memang terjadi. Tapi cikit je la. Mujur Mr. Chu translate kan soalan yang aku tidak faham dari Dr. Mamta. Kemudian,Mr. Chu translate kan ape yang Dr. Mamta tidak faham apa yang aku terangkan.
Dr.Mamta mengatakan PSM I aku adalah bagus kerana gabungan tiga teknik dapat menghasilkan keputusan yang lebih tepat. Dan dia berharap dia akan menilai PSM II aku nanti.

Memang PSM I aku ni dikira agak hebat dan susah nak buat. Aku tidak tahu aku akan berjaya atau tidak untuk PSM II nanti.Nampaknya projek ini sangat mencabar. Aku risau aku tidak dapat mencapai objektif untuk projek ini.
Nampaknya cuti sem ini aku dah mula untuk buat PSM II kerana untuk memahami setiap algorithm memerlukan masa yang panjang.

Terima kasih Mr.Chu. Mr. Chu merupakan supervisor yang sangat bagus dan sangat membantu aku. Aku tidak akan menghampakan harapannya yang mengharapkan projek aku berjaya nanti.

Pertukaran tajuk dan supervisor yang berkali-kali menyebabkan aku rasa serabut dan mebuatkan aku rasa jemu untuk membuat PSM I sebenarnya ada hikmah dari Allah. dan sekarang Allah telah memberikan aku supervisor yang betul-betul memberi semangat dalam meneruskan PSM II.

Tapi aku belum selesai untuk PSM I presentation kerana aku belum bentang kepada En Azwan. Aku tidak tahu apa yang akan ditanya oleh En Azwan nanti. Aku akan bentang padanya 9/11/09 hari isnin ni pada pukul 6.00 petang selepas final exam Introduction to Bioinformatics. Aku harap En Azwan tak banyak tanya..Harap-harap....

Ini interface yang aku design tuk manage data bagi proses peminjaman senjata. Aku design ni 10minit sebelum presentation semalam. Design ni sebenarnya buat syarat je untuk tunjuk pada penilai bahawa aku sudah bersedia untuk teruskan step untuk PSM II pula.










0 ulasan:

Catat Ulasan