Aku menganggotai Askar Wataniah pada tahun 2007. Pada tahun 2007 aku mula mengikuti Kursus Asas Prajurit Muda di BN 2 Rej 505,Jerantut. Latihan yang paling aku suka sepanjang kursus itu ialah Banet Fighting. Aku rasakan latihan itu paling sengsara tetapi paling mencabar. Pada mulanya aku tidak tahan kerana latihan itu dibuat di padang kawad pada pukul 2.30 petang semasa matahari tegak di atas kepala. Dengan bebaju hitam,seluar loreng dan spike boot, aku menghayun senjata tanpa peluru dan tersedia banet di depan penjera senjata.Ku cuba bayangkan aku di masa itu peperangan berlaku dan aku melawan musuh apabila senjata kehabisan peluru dan hanya bersenjatakan banet. Tiba-tiba semangat aku bangkit dan bertenaga kembali.Semasa ujian menembak aku tidak menyangka yang aku dapat score 85/100.Penutut penembak terbaik mendapat 90/100.hanya kurang 5 mata sahaja.Itu kenangan semasa REKRUIT.
Kemudian aku mula aktif sebagai anggota askar Wataniah dan mengikuti latihan-latihan biasa seperti latihan tempatan.
Pada awal tahun 2008 aku sibuk dengan projek tahun akhir diploma dan aku tidak berkesempatan untuk aktif.
Bulan December 2008,kem Tahunan di buat di UMP.Tengku Mahkota Pahang sebagi Komander Rej 505 Askar Wataniah telah merasmikan Kem Tahunan ini. Kali ini aku di kecualikan dari terlibat dengan mana-mana aktiviti kerana aku telah di tugaskan sebagai editor dan camerawoman sepanjang Kem Tahunan ini berlansung.
Memangla aku tidak sepenat mereka yang berada di hutan dalam keadaan hujan tak berhenti,tapi pada kem ini pengalaman yang aku dapat tidak mencabar.Aku hanya mengambil gambar aktiviti yang dorg buat dan aku hanya mengadap laptop.Tapi aku juga dapat kenal-kenal dengan ramai orang atasan seperti Lt Kol Tg Dato' Kamarulzaman,Mejar2 setiap batilion.
Kemudian Pada akhir 2008 juga aku telah dilantik sebagai Naib Yang Di-Pertua Kelab Wataniah UMP.Ramai yang mengatakan aku ni seorang yang garang dan tegas.Sesuai untuk menjadi pemimpin Wataniah.
Pada Mei 2009, Latihan lanjutan di buat di Rompin dan Pulau Tioman. Aktiviti di rompin ialah pandu arah dan Latihan Convetional War.Kemudian di Pulau Tioman pula membersih pantai untuk program Tioman Eco-Challange.
Aku menaiki Kapal Polis Marin dari Jeti Rompin ke Pulau Tioman. Aku mabuk Laut!!huhu.Mujur layanan istimewa dari pegawai polis itu membuatkan aku dapat bertahan.Dia siap bagi makan asam boi dan anggur jeruk lagi.hehe.
Pada Mei 2009 juga BN 1 menganjurkan Kembaraduga Mendaki Gunung Kinabalu. Tetapi aku tidak dapat pergi kerana aku mengikuti program UMP iaitu Transformasi diri ke arah Kecemerlang UMP -sasaran pemimpin pelajar.Insyaallah tahun depan ada lagi kembaraduga mendaki gunung kinabalu.
Pada Julai 2009 pula ada pertandingan menembak dan Latihan lanjutan di Raub.Aku hanya berkesempatan mengikuti pertandingan menembak sahaja di Lapang Sasar Tanjung Gelang..
Pada September 2009 juga BN1 membuat majlis berbuka puasa di Kem Sri Kuantan.
Sekarang sudah penghujung tahun 2009.Hampir 3 tahun aku berkhidmat.Pelbagai kenangan tercipta.Susah senang,pahit manis.Dan paling penting semangat kerjasama dalam satu pasukan.
2 ulasan:
Woo aq jadi nydp jgak tahun ni haha
mcm pnh tgok je awak
Catat Ulasan